<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
  1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31  
Mel @ Kuala Lumpur (Episode 10)
Bel @ Bali (Episode 9)
Mel @ Taman Negara (Episode 8)
Bel @ Sipadan (Episode 7)
Mel @ Mulu (Episode 6)
Bel @ Singapore (Episode 5)
Mel @ Tasik Kenyir (Episode 4)
Bel @ Bangkok (Episode 3)
Mel @ Pangkor (Episode 2)
Bel @ Kuala Lumpur (Episode 1)
June - 2008
May - 2008
April - 2008

Mel @ Kuala Lumpur (Episode 10)
Sedihnya, ini adalah episode terakhir kami sepanjang rakaman Teman 2. Kali ini, kami ada tetamu! Tetamu kami adalah Nirina Zubair, yang juga merupakan satu daripada wanita yang terpilih oleh Olay White Radiance sebagai Asia’s Perfect 10. Nirina bukan sahaja pelakon dan pengacara yang terkenal di Indonesia, malah dia juga merupakan rakan baik saya dan Bel sejak bertemu di rakaman commercial Olay White Radiance di Bangkok. Kami semua dipilih sebagai Asia’s Perfect 10 kerana pilihan bijak kami dari segi professional and peribadi. Selain daripada Nirina, kami juga menjadi hos kepada produksi Indonesia Nikmati Dunia yang datang bersama.



Tempat pertama yang kami membawa Nirina adalah ke Batu Caves kerana di sana ada satu tempat yang dipanggil Bukit Nyamuk (kerana banyak nyamuk…ouch!) dan di sana, kami bersama rakan kami daripada Camp 5 (episode 1) akan pergi rock climbing! Kali ini, kami akan mendaki rock face yang sebenar! Bel naik seperti professional, Nirina juga. Yang saya, tersangkut separuh jalan sebab gayut. Haha, mungkin rock climbing bukan untuk saya.



Setelah berterima kasih kepada rakan Camp 5 kami, kami membawa Nirina ke shopping mall baru Pavillion di Bukit Bintang. Tapi bukan untuk shopping. Kami nak ke spa ikan!



Ya, betul….spa ini menggunakan ikan yang bernama Dr. Fish untuk memakan sel-sel dan kulit mati pada kaki kami. Harganya lebih kurang RM60 untuk 30 minit, dan setelah merendamkan kaki di dalam air, banyak pulak ikan yang datang. Kami rasa geli sangat, sampai ketawa menangis!



Tetapi setelah selesai, kaki kami memang rasa lembut. Kelakarnya. Dah di shopping mall, buat apa lagi? Kami shopping la! Tapi lama kelamaan, rasa lapar pula, jadi kami ke sebuah restoran Mexican bernama Carlos, yang terletak di Pavillion dan makan Nachos yang paling sedap pernah saya makan. Kenyang.



Selepas itu, kami membawa Nirina ke Menara KL untuk melihat pemandangan dari atas. Walaupun saya anak Kuala Lumpur, saya tidak pernah menaiki Menara KL. Pemandangan dari atas memang cantik, buat saya rasa bangga pulak, melihat bandaraya dan tempat tinggal saya yang cantik itu.



Selepas itu, kami bertukar baju cantik dan makan malam di restoran berputar yang juga terletak di Menara KL. Kami dihidangkan dengan buffet makanan local, makanan laut dan juga makanan barat. Dari meja kami, kami dapat melihat seluruh KL apabila kami berputar. Setelah habis makan, tiba masanya untuk mengucap selamat tinggal kepada Nirina. Kami bertukar nombor dan berjanji untuk keep in touch, walaupun sibuk dengan kerja.

Hari seterusnya nampak terang, jadi saya menyapukan Olay White Radiance Intensive Whitening Cream dengan SPF 24 and Olay White Radiance UV Blocker yang dibeli di Watson’s ke muka dan bersedia ke lokasi seterusnya kami iaitu KL PAC atau Kuala Lumpur Performing Arts Centre yang terletak di Sentul. Tempat ini memang cantik, dan banyak program theater yang ditayangkan di sini. Selain daripada program, ada juga kelas-kelas lakonan dan tarian. Memang semuanya terdapat di sini.



Ok, sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua. Saya harap anda menikmati perjalanan ke seluruh Malaysia dan Asia bersama saya dan Bel. Bel pula sudah menjadi di antara teman saya yang paling akrab. Saya harus berterima kasih kepada Olay White Radiance kerana memberi peluang kepada saya untuk melancong bersama Bel and membantu memastikan wajah saya kekal cerah sempurna sepanjang perjalanan 10 minggu ini! Saya akan merindui pengalaman kami masa mengaracakan program Teman, tetapi kami pastinya akan lepak sama-sama selepas ini! Harap-harap kita bertemu kagi di musim ke-tiga. Selamat timggal!




  Posted by: Melissa at 22:16  | 8 comments  | link to this entry